Tuesday, July 13, 2010

Entry yang Terlepas....

"....Hadapi dengan senyuman...Apa yang terjadi biar terjadi...Hadapi..dengan jiwa tenang..."
Best kan lirik lagu ni.Walau tidak banyak membantu sekurang-kurangnya lirik lagu ni menenangkan hati.Macam hati ak0 sekarang ni.Penat ak0 hendak menenangkan beliau...sabar ye hati...
Sepatutnya entry ni ak0 p0st sebelum entry mamat drummer yg s0mb0ng itu...Ak0 pun x tahu kenapa entry ini ak0 buat kemudian.Mungkin kerana sekarang ini ak0 hendak menjadikan entry ini sebagai 1 cerita yang sudah berlalu sekadar untuk dik0ngsi bersama dan bukan sebagai melepaskan ketengangan dihati.Hati gua dah oke k0t!ekekekee...
Ingat lagi pada incik lavender?Apa jadi dengan beliau ini..?Senyap sesenyap senyapnya...Hairan juga,ada ke ak0 buat salah?Atau beliau x sihat..?Sebelum beliau senyap ni,beliau x sihat.Semput...And ada juga lah ak0 bermessage2 melalui fesbuk dengan beliau..bertanya khabar..Tiba-tiba satu hari tu,ak0 message dan tanya khabar beliau,tapi beliau x reply.Ak0 jadi hairan.Kemudian k0men2 di gambar fesbuk p0n tiada reply.Ak0 risau...Tapi ak0 abaikan perasaan risau itu bila ak0 nampak beliau aktif mereply k0men2 dari kwn2 yg lain.Jadi fikiran ak0 menyatakan yg beliau handak menjauhkan diri dari ak0...Kenapa ya incik lavender..?S0alan itu lah yg kerap bermain-main di kepala ak0.Akhirnya ak0 mengambil keputusan untuk mendiamkan diri juga.Mungkin bila ak0 terlalu men0nj0lkan diri,kelihatan seperti ak0 ini berlebih-lebih.
Maafkan saya ya kalau selama ini saya ni nampak seperti over reacted.
Tetapi..'ak0 adalah ak0'...tiada apa yang b0leh merubah itu..Bagi ak0,untuk kita mengenali sese0rang itu sebelum kita menabalkan yang dia adalah kawan kita,kita harus memberi ruang kepada dia menunjukkan diri dia dan juga memberi ruang kepada diri kita untuk dia mengenali diri kita.Macam mana untuk kita berkawan dengan orang kalau kita tidak pernah menjadi diri kita kan?Kalau kita tidak pernah memberi peluang untuk dia menjadi diri dia kan?Semakin susah kan nak berkawan sekarang ni..?Tak apa lah..mungkin ada yang tidak suka dengan cara ak0.Tapi 'ak0 tetap ak0'...Ini lah kehidupan..berbagai-bagai warna kan...Ntah hape hape yang ak0 bebelkan ntah...ekekekeke... - smile -

hukum karma - wujudkah - percaya kah - apakah?

Lately ni banyak kali perkataan hukum karma bermain-main ditelinga ak0.Hari tu,adik ak0 ada sebut..Then Cik Dewi..Sebelum tu larik lagu HUKUM KARMA by wings asyik meniti dibibir ak0.Huh..apakah maksud nya ya?Ada ak0 terbaca di salah satu f0rum melalui google search menerangkan berkenaan hukum karma ni...

Sastera Islami Menolak Hukum Karma

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

Orang Islam menganut konsep 'dugaan', makanya kita dapat menerima realiti yang menunjukkan banyaknya orang-orang jahat tidak menerima sebarang hukuman di dunia ini, manakala kita menyaksikan banyaknya orang-orang baik ditimpa malang yang berat-berat.

Dalam Surah Yusuf, watak-watak jahat semuanya sedar akan dosa yang telah mereka lakukan dan insaf. Di atas segala apa yang telah mereka lakukan kepada Nabi Yusuf dan ayahnya, tidak seorang pun yang tidak dimaafkan. Ini membayangkan dalam novel Islami tidak ada unsur balas dendam oleh watak utama dan tidak ada unsur karma.
Source : http://www.universitipts.com/index.p...k_hukum_karma/

Jadi,bagaimana?Bagi ak0 hukum karma atau hukum apa pun,ak0 tetap dengan pegangan ak0 iaitu setiap perbuatan pasti ada balasan.Betul kan?Mungkin didunia ini keadilan sangat tipis untuk dilaksanakan,tapi di alam akhirat,segalanya walau sebesar hama pun akan dic0nggak...kan...kan..?Renung-renungkan dan selamat beramal...muagahgahgaahgaaaa~